Amanz

1 天前

Amanz
Amerika Syarikat sebelum ini telah mengeluarkan arahan kepada pihak ByteDance, iaitu untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat atau perkhidmatan berkenaan akan dihalang aksesnya di negara berkenaan. Arahan berkenaan sepatutnya dikuat-kuasa sejak awal tahun ini, tetapi presiden Donald Trump telah melanjutkan tarikh untuk penguatkuasaannya beberapa kali.

Selepas beberapa kali dilanjutkan sebelum ini, tarikh akhir yang ditetapkan untuk TikTok adalah 17 September 2025. Walaupun ia hanya berbaki sekitar dua hari, namun mengikut jangkaan ramai, Donald Trump dijangka melanjutkan lagi tarikh berkenaan.

Sebelum ini, Donald Trump telah beberapa kali menyatakan mempunyai pembeli berpotensi untuk TikTok di Amerika Syarikat, namun sehingga kini perkara berkenaan tidak dinyatakan lagi. Sementara itu, pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen, termasuk sama ada terbuka untuk menjualnya atau tidak.

Ia tidak diketahui lagi berapa kali lagi Donald Trump akan melanjutkan tempoh untuk TikTok. Dengan pelanjutan beberapa kali sebelum ini sendiri, ramai melihat perkara ini seperti tidak serius untuk dikuat-kuasakan. Pihak TikTok sendiri sebelum ini dilaporkan telah bersedia dengan membangunkan sebuah aplikasi berasingan untuk pasaran Amerika Syarikat.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description