Amanz
3 days ago

Ciri ini telah mula ditawarkan melalui kemaskini aplikasi yang baharu. Bluesky menyatakan ini merupakan langkah awal mereka dalam menambah ciri komuniti pada platform mereka.
Sebelum ini, Bluesky turut telah menyatakan hasrat dalam memfokuskan kepada sokongan komuniti, dan ingin menjadi lebih daripada sekadar sebuah platform sosial sahaja.

Menggunakan ciri sembang berkumpulan ini, sesiapa sahaja boleh mencipta ruangan perbualan masing-masing, dan turut berkongsi pautan untuk menyertai kumpulan sembang berkenaan melalui platform Bluesky atau di luar. Buat masa ini, sembang berkumpulan masih tidak menyokong perkongsian media, tetapi ia dijangka akan disertakan pada masa akan datang.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

