Amanz

1 day ago

Amanz
Bluesky, salah satu aplikasi sosial memfokuskan kepada ciri perkongsian terpencar, kini turut menambah sokongan perbualan berkumpulan sehingga 50 orang pada aplikasi mereka. Dengan langkah ini, pengguna boleh mencipta sesuatu kumpulan, dan seterusnya bersembang antara satu sama lain dengan mudah.

Ciri ini telah mula ditawarkan melalui kemaskini aplikasi yang baharu. Bluesky menyatakan ini merupakan langkah awal mereka dalam menambah ciri komuniti pada platform mereka.

Sebelum ini, Bluesky turut telah menyatakan hasrat dalam memfokuskan kepada sokongan komuniti, dan ingin menjadi lebih daripada sekadar sebuah platform sosial sahaja.

Menggunakan ciri sembang berkumpulan ini, sesiapa sahaja boleh mencipta ruangan perbualan masing-masing, dan turut berkongsi pautan untuk menyertai kumpulan sembang berkenaan melalui platform Bluesky atau di luar. Buat masa ini, sembang berkumpulan masih tidak menyokong perkongsian media, tetapi ia dijangka akan disertakan pada masa akan datang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description