The Last of Us Part II Dikemaskini Dengan Mod Jalan Cerita Mengikut Kronologi
1 hour ago

Dalam TLOU II asal, cerita bermula ditengah-tengah sebelum jalan cerita dua protagonis dimainkan secara berasingan dalam tempoh beberapa tahun. Menerusi mod kronologi, setiap insiden yang berlaku boleh dimainkan mengikut aturan sebenar membolehkan pemain menikmati jalan cerita daripada perspektif yang berbeza daripada asal.
Selain mod kronologi, watak Joel dan Tommy Miller kini diberikan pakaian daripada watak Nathan Drake dan Sam Drake daripada siri Uncharted yang turut dibangunkan oleh Naughty Dog. Dua pakaian baharu ini diberikan sempena ulang tahun studio Naughty Dog yang ke-40.
Kemas kini Patch 2.1.0 untuk PlayStation dan Patch 1.5 untuk PC menerusi Steam serta Epic Games boleh dimuat turun sekarang.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free