The Last of Us Part II Dikemaskini Dengan Mod Jalan Cerita Mengikut Kronologi

20 小时前

The Last of Us Part II Dikemaskini Dengan Mod Jalan Cerita Mengikut Kronologi
The Last of Us Part II Remastered dilancarkan tahun lalu yang mengemaskini kualiti grafik menjadikannya lebih serasi dimainkan di PlayStation 5. Hari ini Naughty Dog yang membangunkan permainan ini TLOU II Remastered boleh dikemaskini bagi mengaktifkan mod jalan cerita secara kronologi dan juga dua skin baharu yang boleh dipakai watak utama.

Dalam TLOU II asal, cerita bermula ditengah-tengah sebelum jalan cerita dua protagonis dimainkan secara berasingan dalam tempoh beberapa tahun. Menerusi mod kronologi, setiap insiden yang berlaku boleh dimainkan mengikut aturan sebenar membolehkan pemain menikmati jalan cerita daripada perspektif yang berbeza daripada asal.

Selain mod kronologi, watak Joel dan Tommy Miller kini diberikan pakaian daripada watak Nathan Drake dan Sam Drake daripada siri Uncharted yang turut dibangunkan oleh Naughty Dog. Dua pakaian baharu ini diberikan sempena ulang tahun studio Naughty Dog yang ke-40.

Kemas kini Patch 2.1.0 untuk PlayStation dan Patch 1.5 untuk PC menerusi Steam serta Epic Games boleh dimuat turun sekarang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description