Amanz
16 hours ago

Honda e:N1 merupakan kereta elektrik sepenuhnya yang mempunyai bateri sebesar 68 kWh memberikan jarak perjalanan sejauh 410 KM WLTP. Dengan rupa yang tidak tumpah seperti HRV, ia juga turut menyertakan pelbagai teknologi Honda yang sedia ada seperti Honda Sensing, paparan bersaiz 15-inci, paddle shifters bagi mengubah tahap pembrekan janaan semula dan mungkin bakal memenuhi citarasa pengguna Honda sedia ada yang ingin beralih kepada penggunaan bateri sepenuhnya.
Untuk masa terhad dalam bulan Oktober 2025, Honda e:N1 diberikan diskaun sebanyak RM 34,000, menjadikan harga akhirnya adalah RM 115,900. Pada harga tersebut, boleh dikatakan ia akan bersaing dengan pelbagai kereta elektrik pada harga rendah antaranya Proton e.MAS7, BYD Atto 3, MG4, MGS5 dan pelbagai lagi. Anda boleh ke cawangan Honda yang terpilih untuk mendapatkan lebih banyak ]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free