Amanz

1 hour ago

Amanz
Tidak sampai setengah tahun Honda e:N1 dilancarkan ke pasaran pada harga RM 149,900, bersempena ulangtahun Honda Malaysia ke-25 mereka telah menawarkan diskaun untuk kesemua kenderaan mereka. Ini termasuklah diskaun yang boleh ditindan, dan menariknya diskaun terbesar ditawarkan untuk satu-satunya kereta mereka yang diimport penuh, dan juga kereta elektrik iaitu Honda e:N1.

Honda e:N1 merupakan kereta elektrik sepenuhnya yang mempunyai bateri sebesar 68 kWh memberikan jarak perjalanan sejauh 410 KM WLTP. Dengan rupa yang tidak tumpah seperti HRV, ia juga turut menyertakan pelbagai teknologi Honda yang sedia ada seperti Honda Sensing, paparan bersaiz 15-inci, paddle shifters bagi mengubah tahap pembrekan janaan semula dan mungkin bakal memenuhi citarasa pengguna Honda sedia ada yang ingin beralih kepada penggunaan bateri sepenuhnya.

Untuk masa terhad dalam bulan Oktober 2025, Honda e:N1 diberikan diskaun sebanyak RM 34,000, menjadikan harga akhirnya adalah RM 115,900. Pada harga tersebut, boleh dikatakan ia akan bersaing dengan pelbagai kereta elektrik pada harga rendah antaranya Proton e.MAS7, BYD Atto 3, MG4, MGS5 dan pelbagai lagi. Anda boleh ke cawangan Honda yang terpilih untuk mendapatkan lebih banyak ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description