Amanz
1 day ago

Berdasarkan maklumat yang diketahui, OnePlus 15T hadir dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W nirwayar serta skrin rata 6.3-inci dengan bucu bulat yang menyokong kadar segar semula 165Hz. Sistem kamera turut dinaik taraf dengan telefoto periskop LUMO yang direka lebih kemas tanpa bonggol besar dan menawarkan zum optikal 3.5x.
Dari segi ketahanan, peranti ini melepasi pensijilan IP66, IP68, IP69 dan IP69K yang menjadikannya lebih lasak untuk kegunaan harian. Selain itu, ia dijangka dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan jika benar, ini menjadikannya antara telefon kompak yang berkuasa dalam kelasnya.

Pelancaran rasmi OnePlus 15T semakin hampir dan akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Ketika itu barulah kita dapat melihat penawaran penuh yang dibawa bersama harga jualan rasminya.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

