Amanz

1 天前

Amanz
OnePlus akhirnya menetapkan tarikh pelancaran rasmi untuk telefon mercu kompak terbarunya iaitu pada 24 Mac 2026. Peranti ini digambarkan sebagai si kecil tetapi berkuasa dengan prestasi dan hayat bateri yang mampu menyaingi telefon berskrin besar sambil mengekalkan pengalaman mercu.

Berdasarkan maklumat yang diketahui, OnePlus 15T hadir dengan bateri 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W nirwayar serta skrin rata 6.3-inci dengan bucu bulat yang menyokong kadar segar semula 165Hz. Sistem kamera turut dinaik taraf dengan telefoto periskop LUMO yang direka lebih kemas tanpa bonggol besar dan menawarkan zum optikal 3.5x.

Dari segi ketahanan, peranti ini melepasi pensijilan IP66, IP68, IP69 dan IP69K yang menjadikannya lebih lasak untuk kegunaan harian. Selain itu, ia dijangka dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan jika benar, ini menjadikannya antara telefon kompak yang berkuasa dalam kelasnya.

Pelancaran rasmi OnePlus 15T semakin hampir dan akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Ketika itu barulah kita dapat melihat penawaran penuh yang dibawa bersama harga jualan rasminya.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description