Peti Sejuk Yang Menjimatkan 70% Penggunaan Tenaga Dibangunkan John Hopkins dan Samsung
1 hour ago

Kunci kepada penjimatan ini terletak pada penggunaan teknologi penyejukan termoelektrik keadaan-pepejal dan bahan teknologi nano. Bahan yang diberi nama sebagai Struktur Superkekisi Kejuruteraan Hierarki Terkawal (CHESS) dibangunkan oleh APL sejak sedekad lalu. Apabila lapisan nipis CHESS digunakan pada termokopel sistem penyejukan termoelektrik, penjimatan tenaga elektrik sehingga 70% berjaya dicapai. Ini boleh merealisasikan impian peta sejuk termoelektrik yang lebih senyap, kecil dan mesra alam dalam masa terdekat.
Selain digunakan pada peti sejuk, teknologi ini juga boleh digunakan pada penyaman udara, mesin pemanas dan sistem pengudaraan bangunan. Penjimatan yang berjaya dicapai adalah menakjubkan tetapi hanya apabila dibandingkan dengan peti sejuk termoelektrik di pasaran.
Saintis masih memerlukan lebih banyak masa untuk membangunkan sistem peti sejuk CHESS yang mempunyai prestasi setanding dengan peti sejuk dilengkapi kompresor dan cecair penyejuk semasa.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free