Peti Sejuk Yang Menjimatkan 70% Penggunaan Tenaga Dibangunkan John Hopkins dan Samsung

22 小时前

Peti Sejuk Yang Menjimatkan 70% Penggunaan Tenaga Dibangunkan John Hopkins dan Samsung
Peti sejuk ialah antara peralatan elektrik yang menggunakan kuasa elektrik tertinggi di rumah di belakang pemanas air dan penyaman udara. Pelbagai teknologi dibangunkan untuk mengurangkan penggunaan tenaga seperti penebat lebih baik dan kompresor lebih efisien. Jurutera dari Johns Hopkins Applied Physics Laboratory (APL) dan Samsung telah teknologi baharu yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik peti sejuk sehingga 70%.

Kunci kepada penjimatan ini terletak pada penggunaan teknologi penyejukan termoelektrik keadaan-pepejal dan bahan teknologi nano. Bahan yang diberi nama sebagai Struktur Superkekisi Kejuruteraan Hierarki Terkawal (CHESS) dibangunkan oleh APL sejak sedekad lalu. Apabila lapisan nipis CHESS digunakan pada termokopel sistem penyejukan termoelektrik, penjimatan tenaga elektrik sehingga 70% berjaya dicapai. Ini boleh merealisasikan impian peta sejuk termoelektrik yang lebih senyap, kecil dan mesra alam dalam masa terdekat.

Selain digunakan pada peti sejuk, teknologi ini juga boleh digunakan pada penyaman udara, mesin pemanas dan sistem pengudaraan bangunan. Penjimatan yang berjaya dicapai adalah menakjubkan tetapi hanya apabila dibandingkan dengan peti sejuk termoelektrik di pasaran.

Saintis masih memerlukan lebih banyak masa untuk membangunkan sistem peti sejuk CHESS yang mempunyai prestasi setanding dengan peti sejuk dilengkapi kompresor dan cecair penyejuk semasa.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description